Selasa, 11 Mac 2014

Pink Riding Hood dan Serigala Tembam




Pink Riding Hood dan Serigala Tembam

Penulis: Ain Maisarah & Izanor Sharif

Harga: RM 16.00

Sinopsis:Ini kisah sambungan pengambaraan Fizz dan Tizz di alam dongeng. Kes kelima ini melibatkan Pink Riding Hood dan Serigala Tembam yang dituduh membunuh Grandmama. Ketua jahat cawangan Barat merangkap ketua atasan kedua klien kes. Mereka berstatus pelarian, diburu dan dituduh agensi tempat mereka bekerja sebagai ejen selama ini.
Dalam tempoh pelarian, Pink Riding Hood dan Serigala Tembam sempat menumpang di rumah tiga beranak Bear di tiga rumah yang berasingan. Papa Bear yang mencadangkan mereka menghantar surat aduan kepada Konsortium Pari-Pari apabila situasi semakin bahaya.
Sejarah latar dunia dongeng ada diceritakan. Dunia dongeng terbahagi kepada empat bahagian, iaitu Barat, Utara, Timur dan Selatan. Ia bukan dunia yang bulat. Ia adalah hamparan luas. Sempadan kawasan hujung paling kirinya adalah air terjun yang sangat dalam hingga tidak nampak dasar. Dan sempadan hujung paling kanan pula adalah gunung yang paling tinggi… hingga tidak nampak puncak. Dua sempadan ini tidak pernah dilepasi oleh mana-mana penduduk dongeng.
Sejarah agensi jahat turut diceritakan. Rupa-rupanya Grandmama masih hidup. Grandmama mahu hidup seperti insan biasa dan tidak mahu jadi penjahat lagi. Dia sengaja meletupkan rumah sendiri dan memalsukan kematian. Grandmama akhirnya membuat perjanjian dengan ejen pari-pari supaya merahsiakan semua itu. Sebagai balasan, Grandmama membongkar agenda pihak jahat, termasuklah memberikan beberapa klu yang amat bahaya dan tidak terduga.
Grandmama juga mahu berita kematian dua anak didiknya tersebar dan mereka semua akan berpindah ke tempat lain dengan identiti penyamaran yang baru.

Hmm..kalau nak dianggarkan, RM16 taklah mahal sangat dan berpatutan.Kumpul duit belanja sekolah beberapa minggu cukuplah nak beli.Ini pun sebenarnya hadiah hari jadi yang kawan bagi.Anyway,cerita ni best sangat! Cover dia pun cantik.Kekadang lawak bila sampai scene serigala tembam dengan Milo,si kucing.Senang cerita,memang bestlah!Boleh beli dekat kedai buku berdekatan ataupun dekat  Kedai Blink Online pun boleh!

Credit to: Ain Maisarah, BlinkBook Sdn. Bhd, Izanor Sharif



Yang gilakan buku,

Nurin Irdina

Rabu, 5 Februari 2014

Aku Mahu Jadi Novelistar


                              



Aku Mahu Novelistar

Penulis: Ain Maisarah & Jumie Jain

Harga: RM16.00

Sinopsis: Alif, Bella dan Cempaka atau lebih dikenali sebagai Trio
                ABC, sangat suka menulis. Err, Bella tidak minat menulis pun.
                Dia hanya mahu menjadi seorang superstar. Oleh itu, mereka 
                sepakat mahu menjadi NOVELISTAR! Pada suatu hari,
                pengetua Sekolah Sri Bangsar mengumumkan sesuatu yang 
                menggembirakan. Sesuatu yang tidak terjangka. Pasti
                ternganga tidak terkata! Satu pertandingan menulis novel
                akan diadakan. Hadiahnya, jeng, jeng, jeng! Percutian ke
                Australia! Trio ABC pasti tidak mahu melepaskan peluang
                yang berharga mengalahkan emas tulen itu. Tanpa disangka,
                The Wannababes turut mahu menyertai pertandingan itu.
                Dengan pertolongan Betty, si kaca mata tebal, mereka berjaya 
                ke peringkat akhir. Nampaknya persaingan sangat sengit!
                Siapakah agaknya yang bakal memenangi percutian yang
                glamor lagi seronok itu?

Harganya hanya RM16.00. Tidak menyesal langsung beli buku ini. Sesuai untuk para remaja yang ingin menulis novel. Covernya pun sangat cantik! Terkelip-kelip, bersinar-sinar! Bagi yang tidak mahu membeli di kedai buku, bolehlah membeli di Kedai Blink Online. Di situ, ada macam-macam lagi novel yang pastinya menarik hati anda! 

Credit to: Ain Maisarah, BlinkBook Sdn. Bhd, Jumie Jain.

Yang gilakan buku,

Nurin Irdina